close
*** ***
Rahsia Perniagaan Internet - Empat Perkara Asas Perniagaan Internet

Rahsia Perniagaan Internet - Empat Perkara Asas Perniagaan Internet




Apa itu 4 P ?.. 4 P ialah 4 Perinsip untuk asas perniagaan  internet.Melalui 4 perinsip mudah ini anda akan mengetahui langkah demi langkah bagaimana untuk memulakan perniagaan secara online di internet.semoga artikel ini memberikan anda garis panduan,manfaat dan asas yang sebenar dalam perniagaan anda nanti.



1.Produk 
- Seperti artikel sebelumnya saya juga menyentuh untuk setiap perniagaan di internet harus mempunyai produk untuk dijual tidak kiralah samada produk yang diniagakan itu milik sendiri atau menjual produk orang lain.Dari segi produk itu pula ada banyak jenis contohnya produk fizikal mahupun produk digital.


2.Platform 

- Untuk melakukan jualan secara online perkara terpenting ialah memilih platform yang betul dalam melalukan pemasaran di internet dengan tujuan memperkenalkan lagi perniagaan internet yang dilakukan secara meluas.Anda perlu memiliki website sebagai tapak kepada produk dan perniagaan anda di internet.Ini adalah memudahkan bakal pelanggan anda bertandang,melakukan pembelian,melakukan pertanyaan tentang produk anda,dan banyak lagi.

- Platform kedua ialah dengan menggunakan media sosial seperti facebook,twitter,pintrest dan banyak lagi.Gunakan kelebihan media sosial ini utk menarik minat pelanggan dan bakal pelanggan anda.Sebarkan produk dengan cara yang betul untuk menarik lebih ramai lagi pelanggan dimasa akan datang.   

3.Pembayaran 

-Setiap perniagaan di internet memerlukan satu platform untuk menerima dan melakukan transaksi pembelian dan pembayaran melalui pelanggan.Permudahkan pelanggan anda dengan beberapa kaedah pembayaran produk.Pastikan anda memberikan cara untuk melakukan pembayaran produk anda tidak kisahlah sama ada melalui website ataupun media sosial.  

- Dengan kedai online anda boleh menyediakan skrip borang untuk pelanggan anda membuat pembayaran dan memberikan bukti transaksi untuk anda dengan hanya beberapa klik sahaja.Jika anda menggunakan platform seperti media sosial pastikan akan memberikan panduan dalam bentuk arahan mudah contohnya seperti dibawah..

a) Untuk melakukan pembelian produk XXX sila SMS dan taipkan mesej"XXXX XXXX" dan hantar ke 016 XXX XXXX.

b) Untuk melakukan pembelian produk Sila Pm Kami di http:/XXXXXXX/XXXXX utuk langkah-langkah seterusnya.


4.Pemasaran. 

- Untuk Pemasaran melalui internet pula anda perlu menyediakan bahan pemasaran yang lengkap kepada pelangan atau bakal pelangan anda seperti gambar,video,testimoni dari pelanggan yang telah menggunakan produk,penerangan produk dan banyak lagi.Sentiasa share manfaat produk anda dan niatkan juga dalam diri anda bahawa anda mahu meyelesaikan masalah orang lain dan bukan memikirkan keuntungan semata mata saja.Insya Allah!,semoga perniagaan internet yang anda lakukan secara online bakal memperolehi kejayaan yang besar..

Rahsia Pemasaran Affiliate - Sembilan Perkara Yang Anda Perlu Fikir Sebelum Memilih Produk Affiliate

Rahsia Pemasaran Affiliate - Sembilan Perkara Yang Anda Perlu Fikir Sebelum Memilih Produk Affiliate



Ada sembilan perkara yang anda perlu fikir sebelum memilih produk affiliate.


Semua orang tahu, affiliate adalah cara mudah untuk jana wang di internet. Anda boleh melakukan carian di Internet menggunakan frasa berikut ‚“ 


[ Nama Niche] Affiliate programe“ untuk mencari program affiliate untuk anda sertai dan jana pendapatan darinya. Namun, sebelum anda memulakan promosi anda perlu pastikan program affiliate itu adalah bagus  untuk elakkan diri dari rugi atau tertipu.





.




Berikut adalah 9 perkara yang anda perlu perhatikan sebelum anda mempromosi sesuatu produk itu :

 1.Adakah surat jualan bagi produk tersebut bagus?


Baca surat jualan bagi produk affiliate yang anda ingin promosi.Letakkan diri anda seperti seorang pembeli dan perhatikan sama ada ingin membeli atau tidak selepas membaca surat jualan tersebut.Jika anda tidak rasa keinginan untuk membeli,eloklah anda cari sahaja produk yang lain.Jika anda tidak yakin,apa lagi orang lain yang membacanya.Cari produk yang mempunyai  surat jualan yang hebat dan menarik.

2.Adakah produk tersebut mempunyai kredibiliti yang tinggi?


Periksa sama ada produk tersebut mempunyai kredibiliti atau tidak.Adakah testimoninya boleh di percayai? Adakah pemilik produk boleh di percayai?  Periksa segalanya mengenai produk tersebut.Pendek kata, anda tanya diri anda,adakah anda percaya dengan produk tersebut? Jika anda tidak percaya,orang lain juga tidak akan percaya.Siasat review pembeli mengenai produk tersebut.

3.Siasat review atau komen positif mengenai produk tersebut.


Lakukan carian di Internet mengenai produk affiliate.Anda boleh cuba frasa berikut "[product name] review". Jika terdapat banyak komen yang positif,anda boleh teruskan rancangan anda untuk mempromosi produk tersebut.Adalah penting untuk produk tersebut mempunyai review yang positif kerana ia boleh menambah keyakinan kepada bakal pembeli.

4.Adakah bahan promosi untuk affiliate di sediakan?


Lihat di ruangan affiliate, adakah pemilik produk menyediakan bahan-bahan untuk anda melakukan promosi. Antaranya adalah banner,artikel,viral ebook,squeeze page,video,artikel review dan lain-lain.Jika tiada tetapi anda yakin produk tersebut boleh memberi hasil pada anda, anda boleh teruskan sahaja.Namun,saya nasihatkan anda utamakan produk yang ada bahan-bahan promosi kerana anda sudah nampak bagaimana hendak memulakan promosi.


5.Adakah produk yang anda promosikan itu mempunyai permintaan atau tidak?


Anda janganlah memilih produk yang tidak laku.Anda menjadi affiliate adalah untuk wang dan anda perlu bijak.Anda hanya pilih produk yang ada permintaan dan mempunyai peluang yang tinggi untuk terjual.Jimatkan wang,tenaga atau masa anda utk megelakkan kurugian.

6.Jenis komisyen yang anda boleh dapat?


Siasat jumlah komisyen yang mampu anda peroleh dari produk tersebut.Sekarang sudah menjadi trend untuk sesuatu produk itu mempunyai upgrade jualan. Ini bermakna, bagi satu produk,anda berpeluang untuk memperoleh beberapa kali komisyen.Kira jumlah komisyen bagi menentukan modal dan usaha yang bakal anda laburkan.

7.Periksa sistem cookie bagi link affiliate anda.


Untuk memeriksa sistem cookie sesuatu produk,anda boleh periksa terma dan syarat affiliate atau anda boleh tanya terus pada pemilik produk.Sistem cookie penting untuk di ketahui kerana ia boleh mempengaruhi cara anda melakukan promosi.Risiko menjadi affliate adalah komisyen mungkin terlepas pada orang lain atau pemilik produk itu sendiri di sebabkan cookie yang tidak menanam link affiliate anda di komputer pelanggan.

8.Bila bayaran akan di lakukan?


Ketahui dengan jelas kaedah pembayaran komisyen dan bila ianya akan di bayar. Ia perlu di periksa supaya anda tiada masalah untuk menerima  pembayaran kelak dari pemilik produk affiliate.

9.Adakah statistik affiliate di sediakan?


Periksa ruangan affiliate dan perhatikan sama ada statistik di sediakan.Statistik adalah penting supaya anda boleh track jualan anda.

Dari berapa klik,berapa jualan yang terhasil.Dari kaedah mana anda memperoleh klik yang banyak. Pendek kata, statistik penting untuk anda melihat prestasi promosi anda.




Kategori

Kategori